Ads 468x60px

Chat room

Monday 20 January 2014

Nota 5

Deontologi
 
Pengenalan

Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan".

Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.

Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis Teori Deontologi iaitu Deontologi Tindak (Act) - Eksistensialisme (Etika Situasi) dan Deontologi Peraturan (Rule) - Prinsip Kewajipan.

Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia.

Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita.

Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.
 
Prinsip Kewajipan
 
Menurut Kant, prinsip kemoralan ialah kewajipan (duty).

Kecuali good will atau tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat.

Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau peraturan).

Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara.

Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat.

Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan bukan atas apa yang dilakukannya.

Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi.

Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui.

Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.



Kategorikal Imperatif
 
Kewajipan atau undang-undang mutlak dikenali sebagai satu set prinsip moral iaitu Categorical Imperative atau perintah mutlak/tanpa syarat.

Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah juga dipatuhi oleh orang lain.

Individu itu mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak terhadapnya.
 
Praktikal Imperatif
 
Satu lagi formula yang penting ialah Practical Imperative yang menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu.

Kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.


#RajaMazlan

0 comments:

Post a Comment