Teori Etika
Terminologi etika dan moral ialah dua konsep yang kerap
kali digunakan untuk merujuk kepada perkara yang sama. Ada ketika istilah etika
diguna pakai dan ada ketika pula istilah moral digunakan. Secara umumnya
kedua-dua istilah ini popular dikalangan masyarakat kita, ianya merujuk kepada
sesuatu yang dinilai sebagai baik dan benar. Terdapat 3 teori etika yang utama
yang telah dihasilkan oleh ahli falsafah barat. Teori-teori ini dijadikan asas
dalam membincangkan dan menjadi garis panduan untuk membuat sesuatu keputusan
dan menilai tingkah laku. Teori-teori tersebut adalah:
1)
Teleologikal
2)
Utilitarian
3)
Deontologi.
Teori Deontologi (Kajian Kes)
Berikut beberapa contoh kajian kes untuk kita lebih
memahami maksud dan praktis teori dentologi:
1)
‘Pelajar
A’ ternampak rakannya meniru semasa peperiksaan, lalu melaporkan kepada
pensyarah. Akibatnya rakan itu telah dihukum oleh pensyarah dan gagal dalam
pepeiksaan tersebut. Persoalannya, wajarkah tindakan ‘pelajar A’ itu
memberitahu pensyarah dan menyebabkan kegagalan kepada rakannya.
Jawapan: Berdasarkan teori deontologi,
tindakan ‘pelajar A’ itu wajar kerana meniru dalam peperiksaan adalah satu
kesalahan dalam mana-mana peperiksaan sekalipun.
2)
Jeffrey dan Ryan adalah dua sahabat, pada satu
hari Jeffrey mempelawa Ryan untuk menyertai satu perniagaan yang tidak sah.
Jeffrey mengetahui hal ini, apakah tindakan yang patut Ryan lalu menolak
pelawaan itu dengan alasan dia tidak mempunyai wang walhal yang sebenarnya dia
tidak mahu terperangkap dalam aktiviti tidak bermoral tetapi tidak sanggup
berterus-terang dengan Ryan kerana bimbang akan persahabatan mereka akan
terjejas. Persoalannya, wajarkah tindakan Ryan itu?
Jawapan: Berdasarkan teori dentologi,
tindakan Ryan adalah tidak wajar kerana dia telah menipu untuk kepentingan
peribadi. Dia patut berterus-terang dengan Jeffrey dan menasihatinya untuk
tidak melakukan aktiviti tidak bermoral dan mencari perniagaan yang sah untuk
kebaikan bersama.
Dari kedua-dua kes ini, dapat
disimpulkan teori deontologi menegaskan bahawa matlamat tidak menghalalkan
cara.
#diana
0 comments:
Post a Comment